JURGEN Klopp berang dengan 'soalan bodoh' wartawan selepas Liverpool tewas dalam aksi suku akhir Piala FA kepada Manchester United di Old Trafford.
Liverpool bertandang ke laman keramat Manchester United dalam misi untuk meneruskan peluang merangkul gelaran 'quadruple' namun hasrat pengendali kelahiran Jerman itu terkubur apabila jaringan pada minit ke-121 Amad Diallo memastikan kemenangan 4-3 memihak United.
Selepas tamat perlawanan, Klopp ternyata berang dengan soalan yang diajukan oleh wartawan rangkaian televisyen dari Denmark, Niels Christian Frederiksen, ketika sidang media.
Di bawah merupakan transkrip pertukaran kata-kata antara Klopp dan Frederiksen. Sebagai makluman, Liverpool telah bermain 18 perlawanan pada 2024 berbanding 12 perlawanan United.
Wartawan: "Biasanya intensiti adalah nama permainan anda, jadi kenapa ia menjadi begitu sukar dalam masa tambahan?"
Klopp: "Soalan yang agak bodoh, yang saya perlu katakan. Kami menghadapi banyak perlawanan, saya tidak tahu berapa banyak perlawanan baru-baru ini, saya tidak tahu berapa banyak perlawanan yang dimainkan United.
"Sangat kecewa dengan soalan itu, tetapi anda fikir ia bagus."
Wartawan: "Terlalu banyak perlawanan?"
Klopp: "Oh, tolonglah, anda ternyata seperti orang yang tidak sihat, soalan awak ini membuatkan saya rasa kurang senang. Apa masalah anda?"
Frederiksen turut memberikan reaksinya terhadap insiden tersebut, menegaskan dia memahami kekecewaan Klopp.
“Saya menafsirkannya ia sebagai ekspresi kekecewaannya kerana mereka tewas kepada Manchester United, di mana mereka mendahului dua kali dan sepatutnya mengesahkan kemenangan,” kata Frederiksen kepada majalah sukan Denmark Tipsbladet.
"Impiannya adalah untuk beraksi di final Piala FA di Wembley dalam perlawanan terakhirnya di England, dan ia telah dirampas oleh United. Jadi saya boleh faham kekecewaanya.
"Kemudian dia mendapat soalan yang dia fikir tidak sesuai. Ia telah menjadi tema bagi mereka bahawa mereka telah mengharungi banyak kecederaan dan banyak perlawanan, yang telah Klopp adukan. Kemudian dia mendapat soalan tentang mengapa mereka tidak mempunyai intensiti. dalam permainan, dan kemudian dia membentak.
"Saya faham. Saya sama sekali tidak mempunyai masalah dengan reaksinya.
"Apabila saya menemu bualnya sekali lagi, kami tetap menjadi kawan baik -- secara profesional. Saya tidak fikir dia menyimpan dendam, dan saya pastinya tidak."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Tue Mar 19 2024
Klopp ternyata berang dengan soalan yang diajukan oleh wartawan rangkaian televisyen dari Denmark, Niels Christian Frederiksen, ketika sidang media. - Foto AP
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp
Pasukan juara bertahan itu kini hanya dibezakan dua mata dengan kelompok empat teratas hasil kemenangan di Stadium Emirates.
Liverpool masih berpeluang rebut kejuaraan - Guardiola
City berkelebihan tujuh mata di puncak liga, 13 ke atas Liverpool, dengan kurang satu perlawanan selepas menang 3-0 ke atas Tottenham.
Klopp tidak tolak bersara sejurus kontrak Liverpool tamat
"Saya akan berehat selama setahun dan bertanya kepada diri sendiri adakah saya akan merindui bola sepak."
Keputusan sukar yang dibuat Liverpool terima kritikan
Bagi pengkritik, keputusan meletakkan kakitangan bukan pemain di bawah skim pengekalan pekerjaan UK itu adalah satu tindakan yang memalukan.
#AWANIFinalUCL: Firmino sedia untuk diturunkan
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan Roberto Firmino sudah pulih dan cergas sepenuhnya untuk beraksi di final.
Liverpool nikmati tekanan- Klopp
Liverpool menguasai puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kempen musim ini hanya berbaki empat perlawanan.
Saya tidak gementar - Klopp
Skuad bimbingan Klopp berkunjung ke West Ham esok, sehari selepas Manchester City bertemu Arsenal.
Tiada sebarang cela dalam jentera tengah Liverpool, kata Klopp
Kapten Liverpool, Henderson, akan terlepas aksi di Anfield itu selepas dibuang padang ketika kemenangan ke atas Watford, Ahad lalu.
Klopp akui sukar atasi pergerakan Hazard
Hazard mempamerkan permulaan musim yang cemerlang, menjaringkan lima gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam enam aksi EPL.
Salah yakin Liverpool mampu juarai UCL
Salah mengambil positif dalam setiap peluang Liverpool untuk meraih kejayaan pada Mei nanti.